Di Malaysia, banyak agensi-agensi yang menawarkan pakej umrah dan haji kepada kita. Pakej yang ditawarkan juga di datangkan dengan harga yang berbeza-beza setiap agensi itu. Kemudahan dan aktiviti yang disediakan juga berbeza setiap agensi umrah.
1. Syarikat yang menawarkan umrah. Okay, yang ini memang harus diberikan perhatian yang penuh bagi mengelakkan daripad tertipu. Anda kena lah rajin mencari maklumat tentang syarikat yang menawarkan umrah tersebut. Carilah maklumat-maklumat utama atau ringkas syarikat tersebut seperti nombor pendaftaran syarikat, berapa lama syarikat tersebut beroperasi, siapa pemilik, lokasi syarikat tersebut dan banyak lagi. Bukan nak terlalu straight sangat tapi, kena berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada kita menjadi mangsa penipuan.
2. Rajin-rajinlah bertanya dari mereka yang pernah menyertai atau mengerjakan umrah dengan pakej syarikat-syarikat tersebut. Tanyakan je macam mana layanan pihak syarikat tersebut terhadap para jemaah, kebajikan jemaah yang mengerjakan umrah atau haji, kelebihan yang ditawarkan berbanding daripada syarikat lain, dan banyak lagi. Pandai-pandai koranglah nak mengayat untuk bertanya mereka yang berpengalaman.
3. Memang tidak dinafikan, ada juga yang hanya indah khabar dari rupa. Kebiasaannya,terdapat segelintir agensi ini hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselesaan dan kemudahan untuk para jemaah. Ada agensi yang menawarkan pakej umrah tanpa menyatakan jarak antara hotel ke masjid dengan jelas. Akhirnya akan menyebabkan para jemaah terpaksa berjalan jauh untuk ke masjid.
Kebajikan para jemaah juga tidak dijaga dengan baik sehingga menyebabkan para jemaah terabai dan ini tidak menggambarkan nama mereka yang gah. Kononnya mereka telah lama dalam menguruskan para jemaah umrah dan haji. Ingatlah, kadang-kadang ada agensi yang hanya ibarat menanam tebu di bibir mulut sahaja.
Jika niat kita betul dan bersih untuk beribadah kepada Allah, insyaAllah semua urusan kita Allah SW akan permudahkan.
4. Bercerita tentang mutawwif atau petugas pengiring, jangan mudah kita rasa selamat tau sebab memang ada kes jemaah yang kena tinggal oleh bas kerana mutawwif atau petugas pengiring tidak peka dengan para jemaah yang di amanahkan untuk mereka dan hanya berlepas tangan dalam melaksanakan amanah.
Untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku, sebab itulah awal-awal lagi saya cakap, anda kena lah rajin bertanya kepada mereka-mereka yang pernah mengerjakan umrah dengan agensi tersebut. Sekiranya kita mendapat mutawwif yang baik dan fasih berbahasa arab kampung, ia merupakan satu kelebihan bagi kita.
Kebanyakkan pemandu bas yang merupakan orang arab, hanya fasih berbahasa arab kampung bukan bahasa arab standard, jadi ia akan menyukarkan mutawwif untuk berkomunikasi dengan mereka. Tambah menjadi masalah lagi apabila mereka juga tidak fasih berbahasa Inggeris.
Penutup kata, ini hanyalah pandangan saya berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang tidak lekang berkongsi pengalaman di laman sosial mereka. Sekiranya ada yang berkecil hati dengan sikap keterbukaan saya, saya memohon kemaafan dari anda semua.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat untuk kita semua yang bakal menjadi tetamu Allah SWT ke Tanah Suci. Janganlah difikirkan sangat masalah kewangan kita tetapi sebaliknya tanamkan niat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan panjatkan doa kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan.