Berkelah Sambil Memburu Bintang Di Tanah Arab

Assalamualaikum Semua , Hari ini DailyUmrah Ingin berkongsi sedikit pengalaman Berkelah Sambil Memburu Bintang Di Tanah Arab.Jom kita sama-sama baca pengalaman ini.

Siapa yang pernah datang umrah dan sempat jeling-jeling langit di sini, pasti perasan agak sukar untuk kita melihat taburan bintang-bintang di langit.

Faktor utamanya adalah pencemaran cahaya (Light Pollution) yang menyukarkan lagi mata kasar kita untuk melihat hiasan langit ini.
Alang-alang Saudi bercuti 2 hari sempena meraikan Hari Kebangsaan mereka, kami pun ambil kesempatan “meraikan” cuti tersebut dengan memburu bintang!

Untuk mengambil sunnah bertafakkur melihat kebesaran Allah ini, kami terpaksa keluar dari Madinah dan berkelah di kawasan berhampiran kota Tabuk. Total jarak dari Madinah pula mengambil masa 6 jam perjalanan menaiki kereta.

Kenapa ya kami gigih drive jauh-jauh keluar dari Madinah?
Sebab, tips utama untuk memburu bintang mesti lah di tempat yang sangat gelap dan jauh daripada bandar.

Kebetulan salah seorang rakan kami memang mahir dalam ilmu Falak, jadi beliau lah tempat rujukan kami dari awal mencari tempat yang strategik hinggalah kepada penerangan tentang bintang-bintang.

Sambil berbaring, sambil menghadap langit. Memang layan! MashaAllah.
Kalau dengan mata kasar, paling mudah nak jumpa adalah si Orion. Cara nak kenalnya, cari saja deretan tiga bintang, itulah Orion. Marikh pula antara planet yang paling senang nak detect sebab ia paling merah dan menyerlah warnanya.

Paling excited bila menunggu tahi bintang (komet) jatuh. Bila ditunggu, taknak muncul. Bila kalih, tup tup muncul pula!.inilah sedikit sebanyak perkongsian kami untuk hari ini.terima kasih kerana sudi membaca.

Credit –  MadinahDiHati

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *