Fakta Tentang Masjid Nabawi

Kali ini DailyUmrah mahu berkongsi fakta tentang masjid Nabawi.

Tahukah anda?
Sebenarnya Masjid Nabawi pernah terbakar sebanyak 2 kali dalam sejarah.

Kali pertamanya berlaku pada bulan Jamadil Awwal 654H. Al-kisahnya, seorang penjaga stor Masjid Nabawi masuk ke dalam stor tersebut untuk mengambil obor api.
Malangnya, apabila beliau keluar daripada bilik tersebut, beliau terlupa & tertinggal lilinnya di atas bekas yang tersimpan obor api tadi.

Api mula menyambar ke hamparan permaidani masjid. Kemudiannya merebak ke bahagian lain di dalam Masjid Nabawi lalu memusnahkan Mihrab, Mimbar, kitab-kitab Al-Quran dan sebagainya.
Menurut sejarah, hanya kubah di bahagian tengah masjid sahaja yang terselamat.Hasil jasa & sumbangan para pemerintah Islam ketika itu, maka Masjid Nabawi pun pulih seperti sedia kala.

Kali kedua pula berlaku pada Ramadan tahun 886H.
Pada satu hari yang mendung, ketika muazzin (bilal) berada di puncak menara untuk melaungkan azan, tiba-tiba datang kilat menyambar menara tersebut.

Dalam kejadiaan yang sadis itu, bilal telah terbunuh & api pun mula membakar atap masjid. Maraknya api telah memusnahkan bahagian timur masjid dan kemudiannya mula merebak ke bahagian utara & barat masjid.
Ada juga beberapa orang yang bergegas ke bahagian atap untuk memadamkan api, namun tergelincir & jatuh daripada atap itu lalu meninggal dunia.Mimbar, Mihrab, menara, pintu-pintu masjid serta rumah-rumah yang berdekatan Masjid Nabawi juga turut menjadi mangsa kebakaran itu.

Selepas 2 tahun, Masjid Nabawi berjaya dibaik pulih sepenuhnya hasil usaha kerajaan Mesir, iaitu Sultan Quaitbay yang sangat mengambil berat tentang Madinah setelah jatuhnya khilafah Abbasiyah.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *