Seperti sedia maklum, cuaca tanah Arab yang kering dan panas sangat mempengaruhi para jemaah yang datang dari Malaysia. Perbezaan suhu dan lelembapan antara Malaysia dan tanah arab sangatlah jauh bezanya jika dibandingkan. Ini akan menyebabkan kulit kita sudah terbiasa dengan tahap kelembapan yang tinggi di Malaysia.
Kulit kering akan memberi ketidakselesaan ketika melakukan ibadah dan mengganggu konsentrasi untuk beribadah dengan khusyuk. Bahkan, akan menambahkan kos kerana terpaksa membeli ubat yang maha di farmasi di sana. Oleh itu, kami akan kongsikan tips untuk kekalkan kelembapan semasa mengerjakan umrah.
Tanda-tanda kulit kering :
- Kulit kelihatan kering, kasar,bersisik dan mengelupas.
- Kulit kemerahan dan gatal
- Kulit terasa tegang
Berikut adalah tips untuk kekalkan kelembapan kulit semasa mengerjakan umrah:
1. Minum air secukupnya
Minum air secukupnya bagi megelakkan dehidrasi dalam badan. Dehidrasi adalah suatu keadaan di mana tubuh badan kita kekurangan air untuk mendukung fungsi-fungsi vital.
2. Kerap mandi atau basahkan kulit
Kerap mandi dan gunakan gel mandian untuk mengekalkan kelembapan badan. Elakkan dari menggunakan sabun kerana sabun kurang melembapkan kulit.
3. Gunakan pelembap selepas mandi
Pelembap yang digunakan haruslah tidak mengandungi pewangi kerana ia tidak dibenarkan ketika ihram. Selain itu, guna pelembap yang tidak menghalang pengaliran air wudhuk dan tidak berminyak bagi memberi keselesaan semasa menggunakannya. Gunakan pelembap minimal 2 kali sehari dan jika kurang berkesan boleh diulanginya.
4. Gunakan face mist
Untuk meningkatkan kelembapan kulit face mist berbentuk air boleh digunakan. Face mist ini biasanya digunakan dengan menyembur cairan pada muka pada jarak 20 cm. Ia juga dapat menjadikan kulit terasa lebih segar dan nyaman. Elakkan mengguna face mist yang mengandungi alkohol kerana ia akan menjadikan kulit anda kering.
5. Hindari dari mandi dan cuci muka dengan air panas
Cuba mandi dengan air bersuhu bilik atau air sejuk supaya kulit kita tidak kehilangan banyak air. Kerap mandi dengan air panas juga akan membuatkan kulit akan menjadi semakin kering.
Di samping tips di atas, jangan lupa untuk makan sayur dan buah-buahan dalam menu harian. Jika kulit kering sudah tidak dapat diatasi sendiri, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.