Nukilan Umrah Pertama Bersama Abah Ma & Keluarga

Hari ini DailyUmrah ingin berkongsi pengalaman-pengalaman mereka yang pernah mengerjakan umrah bagi mereka yang sudi membaca. InsyaAllah dengan perkongsian pengalaman ini dapat berkongsi sedikit tips dan pengalaman yang dapat naikkan semangat mereka yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Jom sama-sama kita ikuti pengalaman mereka ini.Perkongsian Kali ini adalah Nukilan Umrah Pertama Bersama Abah Ma & Keluarga.

Alhamdulillah, tercapai cita-cita sekian lama nk mengerjakan umrah bersama keluarga dan bawa skali Abah dan Ma.

Pada 16 Disember 2019 (Isnin)
Plan asal nak bertolak pada  pukul 9 pagi lagi, singgah Kuala Berang dahulu disebabkan mama Hidayah Ahmad nak settlekan kerja sekolah, tetapi pukul 12. 15 tengahari baru boleh bertolak, adik beradik datang rumah pula
Pukul 6. 15 petang dan bila sampai di Kuala Lumpur kami duduk di hotel 5 Bintang.

Pada 18 Disember 2019 (Rabu)
Departure time sepatutnya pukul 10. 20 pagi tetapi diberi dugaan awal iaitu tertera dekat board flight delay pada tarikh 20 Disember pukul 6. 30 pagi.Tak senang duduk kami dibuatnya.satu jam selepas itu, kami mendapat info flight kami ditukar  ke flight lain, jadi delay kami sehingga petang sahaja iaitu pada pukul 3.30 petang.

Alhmdulillah.

Pada 19 Disember (Khamis – 5.00am waktu tempatan)
Kami Selamat tiba di Airport Madinah.

Pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan)

Kami keluar ziarah sekitar Masjid Nabawi.Niat kami betul-betul mahu masuk untuk solat & berdoa di Raudhah. Tetapi bila tengok keadaan sekeliling,begitu ramai orang beratur. Alhamdulillah, sampai saja di pintu keluar, polis bagi isyarat suruh masuk. Rezeki bawak Abah dgn wheelchair,  jadi kami boleh tinggal lama tanpa ada sebarang gangguan. Sikit pun tak perlu bersesak dan tidak diganggu.

Terima kasih Allah atas rezeki yg cukup besar ini.

Credit – Mohamad Azam

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *