Berapa Hari Sesuai untuk Tunaikan Umrah ?

Terdapat banyak persoalan yang mungkin ada di dalam fikiran setiap orang yang akan mengerjakan Umrah dan salah satunya persoalan yang timbul ialah berapakah hari yang sesuai untuk tunaikan umrah. Terutamanya kepada jemaah yang pertama kali akan melakukan umrah dan juga jemaah umrah yang bekerja supaya mereka boleh mengambil cuti.

Secara dasarnya, jemaah Umrah akan tinggal di Madinah selama 3 hari dan di Makkah selama 7 hari. Ada juga yang singkatkan di Makkah menjadi 5 hari dan ada juga yang singkatkan di Madinah. Dari situ pakej akan menjdi murah. Semua ini bergantung kepada tarikh dan hari yang ditentukan oleh pihak agensi umrah mengikut kesesuaian masa jemaah yang hendak beribadah. Walaubagaimanapun, pilihan di tangan kita sendiri untuk menentukannya. Jika ingin tinggal lama, kosnnya akan bertambah.

Pakej yang selalunya ditawarkan adalah 12 hari 10 malam.Tujuannnya adalah untuk ada lebih banyak masa di Madinah selama 4 hari, dan di Mekah selama 8 hari. Kerana di sana akan ada kuliah dhuha dan perkongsian khusus yang akan disampaikan oleh pihak bertanggungjawab untuk memastikan jemaah mengetahui tujuan dan matlamat umrah di sana. Bukan semata-mata beribadah sahaja, tetapi kefahaman sesuatu ibadah itu yang lebih penting.

Di Madinah, bermula dengan sesi taaruf untuk mengenali setiap ahli jemaah. Dari situ bermulanya ukhuwah dan silaturahim yang akan kekal sehingga sampai di tanah air nanti. Antara jemaah akan dianggap seperti keluarga sendiri. Bila kita berjalan selama tiga hari pertama, sebenarnya kita sedang melaksanakan sunnah musafir yang besar iaitu melalui mengenal budi suami, isteri, anak-anak, saudara mara, jiran, sahabat dan ahli jemaah yang bersama dengan kita.

Di sana nanti kita akan menghabiskan masa bersama-sama selama 12 hari dengan misi mendekatkan diri kepada Allah dan memahami tujuan,misi,visi dan matlamat agama. Itulah kemanisan dan nikmat bersaudara yang sukar untuk dijelaskan.

 

Aturcara Am Perjalanan Umrah 12 Hari

****Aturcara ini untuk rujukan awal sahaja dan tertakluk kepada perubahan setiap pakej umrah dari masa ke semasa mengikut kepada jadual penerbangan**
KUALA LUMPUR – MADINAH@JEDDAH
  • Lapor diri di KLIA
  • Check In bagasi, serahan paspot / boarding pass
  • Berlepas dari Kuala Lumpur ke Airport Madinah@Jeddah
MADINAH
  • Ziarah Dalam: Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’.
  • Ziarah Luar: Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh (melintasi dan memandang dari dalam bas), Jabal Uhud dan pasar kurma/ladang kurma (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi
MADINAH – MAKKAH
  • Ziarah Wada’
  • Memakai ihram umrah
  • Bertolak ke Makkah. Bermiqat di Bir Ali (umrah pertama). Tiba di Makkah, bertawaf, saie dan bertahallul secara berjemaah dan dibimbing oleh mutawwif.
MAKKAH
  • Ziarah Luar: Muzdalifah, Jamrah & Mina (melintasi dan memandang dari dalam bas), Masjid Ja’ranah dan miqat (umrah kedua), Masjid Tanaim & miqat (umrah ketiga)
  • Ziarah Dalam: Hudaibyah (dengan bayaran tambahan), Muzium Haramain(tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), Masjid Hudaibiyah dan miqat
  • Tawaf Wada’
JEDDAH/MADINAH – KUALA LUMPUR
  • Berlepas ke Kuala Lumpur selepas urusan Check In bagasi
  • Dijangka tiba di KLIA

 

ATURCARA UMRAH (CONTOH)

*Aturcara adalah tertakluk kepada perubahan setiap agensi telibat
*Aturcara ini adalah berdasarkan agensi JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD

 

Hari 01 (KUL- MED)
  • Berkumpul di KLIA 4 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk, Jemaah akan bertolak ke Madinah pada jam 03:00 petang. Tiba di Madinah pada jam 07:05 petang (waktu tempatan). Selesai urusan imigresen, Jemaah akan bertolak ke hotel penginapan di Madinah dengan menaiki bas. Dijangka tiba di Hotel Nozol Royal Inn Madinah pada pukul 09:05 malam.
Hari 02 (MADINAH)
  • Ziarah sekitar Masjid Nabawi (Optional) dan pada sebelah malam semua jemaah bersedia selepas Isyak untuk makan malam di kebun kurma dan jemaah boleh membeli belah di kebun kurma.
Hari 03 (ZIARAH MADINAH)
  • Sekitar jam 07:30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ (masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w.), Jabal Uhud, Masjid Qiblatain iaitu (masjid yang mempunyai 2 kiblat.
Hari 04 (MADINAH-MAKKAH)
  • Jemaah bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah pada jam 02:00 petang. Di jangka tiba di Makkah pada jam 09:00 Malam – Urusan check in (berehat). Selepas berehat jemaah akan dipimpin oleh mutawwif untuk mengerjakan Umrah.
Hari 05 (MAKKAH)
  • Aktiviti bebas
Hari 06 (ZIARAH JAARANAH)
  • Selepas sarapan, pada jam 7:30 pagi jemaah akan di bawa menziarahi ke Jabal Nur (Tempat Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama), ke Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Seterusnya ke Jabal Tsur dan Jabal Rahmah serta ke Masjid Jaaranah untuk berniat Umrah bagi sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah. Jemaah akan dipimpin oleh Mutawwif untuk menunaikan Umrah kali ke 2.
Hari 07 (MAKKAH)
  • Aktiviti bebas.(Optional: Ziarah Ta’if)
Hari 08 (ZIARAH HUDAIBIYAH)
  • Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah di Hudaibiyah seperti Ladang Unta dan anda akan dapat merasai keenakan susu Unta segar dan singgah di Masjid Hudaibiyah. (Lawatan ke Ladang Unta tertakluk kepada kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia). Jemaah akan dipimpin oleh Mutawwif untuk menunaikan Umrah kali ke 3.
Hari 09-10 (MAKKAH)
  • Aktiviti bebas
Hari 11 (MAKKAH-JEDDAH-KUL)
  • Selepas tawaf wada’ dan solat Zuhur, jemaah akan berkumpul di lobi hotel pada jam 01:30 petang. Pada pukul 02:00 petang, jemaah akan bertolak ke lapangan terbang Jeddah untuk keberangkatan pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 12 (KUALA LUMPUR)
  • Bergerak ke Kuala Lumpur pada jam 02:25 pagi dan dijangka tiba di KLIA pada jam 04:00 petang (waktu tempatan).

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *