Arab Saudi Hadkan Umur Tertentu Untuk Mengerjakan Mmrah

Arab Saudi menetapkan had umur tertentu bagi mengerjakan umrah selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah asing pada 1 November ini perlu diterima  oleh pengendali serta jemaah yang merancang menunaikan ibadat haji dan umrah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Ahmad Marzuk Shaari, berkata semua pihak perlu akur dan menghormati peraturan baharu itu.

“Jika itu syarat ditetapkan, kita perlu akur kerana kerajaan mereka lebih tahu bagaimana keadaan wabak COVID-19 di sana.

Arab Saudi membenarkan jemaah luar, berusia antara 18 hingga 50 tahun mengerjakan ibadah umrah selepas mengumumkan permit kebenaran dibuka mulai 1 November ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan belum dibawa ke Kabinet berikutan tumpuan diberikan kepada sidang Parlimen dan kedudukan kerajaan yang sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, Ahmad Marzuk berkata, berkemungkinan besar sekiranya penularan pandemik COVID-19 semakin menurun dan terkawal di Arab Saudi, kelonggaran termasuk had umur dan jumlah jemaah akan dipertimbangkan.

“Jika sudah terkawal nanti, berkemungkinan Arab Saudi membenarkan umrah dibuka untuk semua kategori umur. Saya sarankan umat Islam bersabar dan tunggu perkembangan semasa COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah, berkata umat Islam perlu menerima ketentuan ini kerana ia antara jalan terbaik bagi mengekang penularan COVID-19.

“Walaupun belum masih ada apa-apa makluman rasmi dari kerajaan (Malaysia), kita perlu terima keadaan ini kerana ia bukan sengaja diada-adakan tetapi bagi mengekang COVID-19.

“Ia tentu berkait dengan situasi di sana termasuk keupayaan kerajaan Arab Saudi menguruskan jemaah dalam fasa pandemik ini,” katanya.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *