Berapa Duit Poket Yang Perlu Dibawa Untuk Mengerjakan Umrah ?

Untuk jemaah yang kali pertama ingin menunaikan umrah pasti ada keinginan untuk membeli macam-macam benda di tanah suci. Namun perlu diingatkan, tujuan dan matlamat utama ke tanah suci adalah untuk beribadat dan berziarah.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menolak dari berkunjung ke deretan bazar di kaki lima dan premis hotel di Tanah Suci yang menjadi perhatian dan keinginan bagi jemaah yang mengerjakan ibadat umrah mahupun  ibadat haji. Namun, jangan leka berbelanja secara berlebihan kerana bimbang lebihan bag dan bagasi boleh menyebabkan masalah sebelum berlepas pulang ke tanah air. Bukan tidak boleh berbelanja tetapi biarlah berpada-pada jangan mengikut hawa nafsu. Berbelanjalah secara berhemah kerana matlamat asal kita ke tanah suci adalah untuk berziarah dan beribadat.

Bagi mengelakkan dari berbelanja secara berlebihan, cukup hanya membawa RM1,000 untuk duit poket dan menukarkan hanya RM200 – RM500 ringgit kepada riyal bagi memudahkan untuk membeli makanan dan minuman. Selebihnya boleh ditukar di Tanah Suci kerana kebanyakan hotel ada money  changer. Jika tidak tahu, boleh tanya pekerja hotel tempat penginapan dan kebanyakannya adalah pekerja indon.

Lokasi money changer di Madinah ialah di hadapan Hotel Fayroz Shattah atau boleh dicari di pinti 25, sebelah hotel Bahauddin. Tabung Haji akan membuka kaunter pengeluaran wang di Maktab-maktab Haji Jemaah Malaysia jika musim haji. Tetapi pada musim umrah, perkhidmatan ini tidak disediakan di Makkah dan Madinah.

Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, jangan risau kerana ada banyak lokasi ATM Al-Rajhi di beberapa lokasi yang telah disediakan. Had pengeluaran maksimum di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sehari. Jika anda ingin mengeluarkan wang tunai lebih dari SAR5000, anda terpaksa menunggu selepas 24 jam pengeluaran pertama dibuat.

 

Lihat tukaran wang dalam Arab Saudi Riyal (SAR) ke dan dari mata wang Ringgit Malaysia (MYR) yang digunakan sehingga kini yang dikemaskini sehingga 19 Julai 2019.

Mata wang sering berubah-ubah dan tidak tetap mengikut peredaran masa. Kadar tukaran wang terkini ialah SR100 bersamaan RM109.64. Selalunya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding di Makkah dan Malaysia.

Graf dibawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (MYR) dengan Riyal Saudi (SAR) di antara 20/06/2019 hingga 19/07/2019.

 

Antara sebab utama yang mendorong  kita ke tanah suci mengerjakan umrah ialah untuk mendapatkan keampunan dan keredhaan dari Allah swt.

 

Seperti yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW:
Satu umrah ke Umrah yang lain merupakan penghapus dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali Jannah.(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Asbihani)

 

Sentiasalah tanamkan dalam hati yang umrah itu mudah. Sentiasa fikir yang umrah itu mudah, pasti Allah akan permudahkan segalanya. Tujuan umrah adalah untuk beribadah di rumah Allah dan  ziarah rumah kekasihNya. Pasti Allah akan mudahkan. Letakkan nawaitu dari awal, hendak ke sini.  Allah akan lorongkan jalan untuk hambaNya yang meminta dan berusaha.

 

Paling penting, moga Allah terima ibadah  dan doa kita . Dan moga Allah beri kesempatan untuk kita semua untuk jejakkan kaki ke tanah suci lagi.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *