Hari ini DailyUmrah ingin berkongsi pengalaman-pengalaman mereka yang pernah mengerjakan umrah bagi mereka yang sudi membaca. InsyaAllah dengan perkongsian pengalaman ini dapat berkongsi sedikit tips dan pengalaman yang dapat naikkan semangat mereka yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Jom sama-sama kita ikuti pengalaman mereka ini.Perkongsian Kali ini adalah pengalaman bawa anak kecil mengerjakan Umrah.
Saya juga pernah rasa anxious masa nak bawa anak kecil pergi Umrah, 2 boys pula tu. Tipulah kalau kita tak risau, nampak macam saya cool, tapi sebenarnya banyak benda yang saya fikirkan.
Behave ke mereka nanti bila sampai rumah Allah? Macam mana bila saya nak tawaf nanti? Masuk masjid nanti mereka terberak mcm mana?
Waktu nak Saie macam mana? Time Raudhah pula?
Tapi pada waktu tu, saya tawakkal pada Allah SWT sambil banyakkan bacaan dari blog-blog mommies yang pernah ada experience bawa anak kecil pergi Umrah. Biasalah anak kecil pasti ada masa mereka tidak selesa dan meragam. Saya fikirkan pelbagai kemungkinan.
Alhamdulillah, bila kita sudah buat persediaan dan selebihnya kita berserah pada Allah SWT, anak-anak memang behave sepanjang 12 hari itu. Ketika tawaf sesak dan berhimpit juga tiada masalah, cuma Luth (anak kedua yang berusia 8 bulan) ketika itu nampak seperti sedikit kurang selesa namun tidak menangis. Begitu juga ketika Saie, dia banyak tertidur sahaja. Ketika di masjid pun begitu, cuma dia akan menangis ketika orang semua bangun untuk solat berjemaah. selalunya saya dapat solat berjemaah pada waktu Subuh sebab dia masih tidur safe & sound walaupun suara Imam memecah hening Subuh. (Time ni 11 darjah celcius!).
Tapi memang dipermudahkan urusan saya, yang si abang mampu naik sendiri ke Puncak Jabal Nur dan teruja melihat kambing gurun dan babun yang ada di puncak bukit ketika itu.nasib Encik Suami juga ada bantu bawa naik anak kedua saya, Luth, kalau bawa sendiri mahu gugur lutut.
Selalunya bila kita masuk Raudhah kita akan berhimpit-himpit dan dibawa arus kan, tapi bila saya bawa bayi Alhamdulillah seolah-olah diberi laluan istimewa siap di-escort oleh penjaga disitu untuk memberi saya laluan. Memang satu pengalaman yang menarik! Luth pun tidur sahaja. Mak mertua saya juga bantu gilir-gilir dukungkan si Luth.
Apa pun, saya bersyukur diberi pengalaman istimewa ini dan terasa seperti ingin berkongsi dengan you all semua pada hari istimewa ini. Kak Wer doakan agar kita semua dapat merasai pergi ke Tanah Suci Mekah dan Madinah 1 hari nanti.
Credit – Kak Wer