“Perkuburan Baqi”. Tempat Nabi Luahkan Perasaan Rindunya Kepada Kita Semua

Hari ini DailyUmrah ingin berkongsi tempat yang sering Rasulullah S.A.W lawati iaitu “Perkuburan Baqi”. Tempat Nabi Luahkan Perasaan Rindunya Kepada Kita Semua.

Sudah menjadi kebiasaan, Rasulullah menziarahi perkuburan Baqi’ pada lewat malam dan mendoakan ahli Baqi’.

Pernah suatu hari, Nabi meluahkan kepada sahabat-sahabatnya.
“Aku sangat lah teringin sekiranya dapat melihat saudara-saudara kita.”
“Bukankah kami ini saudaramu ya Rasulullah?”
Para sahabat kehairanan. Namun, baginda tidak meninggalkan mereka dalam kebingungan.
“Kamu semua adalah sahabatku, akan tetapi saudara-saudara kita belum pun datang lagi, dan aku akan tunggu mereka di kolam aku kelak (di Mahsyar).”

Di Mahsyar nanti tentunya sangat ramai manusia dikumpulkan di sana. Bermula dengan umat Nabi Adam hinggalah manusia yang terakhir mati, semuanya akan dibangkitkan semula.
“Tetapi, bagaimana kamu boleh mengenali mereka nanti tanpa pernah melihat mereka wahai Rasulullah?

Maka, Nabi pun bercerita;
“Sekiranya seorang lelaki mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di kalangan kuda-kuda yang berwarna hitam, bukankah dia dapat mengenali kudanya (dengan mudah)?”
Sahabat mengiyakan. Lalu, Rasulullah sambung lagi. Perhatikan, ini point penting;
“Mereka akan datang dalam keadaan bercahaya muka, tangan dan kaki kesan daripada wuduk. Aku akan tunggu mereka di tepi kolam.”

“Namun, hati-hati. Ada beberapa golongan dalam kalangan mereka yang akan dihalau dari kolamku sebagaimana dikejar unta yang sesat. Akan tetapi aku akan panggil mereka kembali ke sini!”

Waktu itu Malaikat nanti akan berkata;
“Jangan! Kerana mereka itulah yang telah mengubah-ubah agama selepas Rasulullah wafat.”
Tatkala itu juga aku akan arahkan;

“Halau mereka! Halau mereka!”
Rupanya-rupanya, saudara yang Rasulullah maksudkan itu adalah kita sendiri, umat terpilih yang tidak pernah merasai kehadiran baginda. Yang tidak pernah melalui zaman baginda. Yang rindukan baginda tetapi hanya mampu beriman kepada Allah dan tetap yakin bahawa baginda adalah utusan Allah.

Sebak, kerana boleh jadi kita lah yang dirindukan oleh sang Nabi itu. Baginda akan setia menanti kita di kolamnya yang mulia itu.

Namun, kita juga bimbang jika kita lah yang bakal dihalau keluar dari kolam Ar-Rasul kelak. Selagi berpegang dengan Quran & Sunnah, insya-Allah selamat!

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *