Mengerjakan ibadah umrah memerlukan persediaan fizikal dan kesihatan yang baik terutamanya untuk golongan yang lanjut usia.Disini DailyUmrah ingin kongsikan beberapa tips persediaan fizikal dan kesihatan untuk golongan lanjut usia sebelum berangkat ke tanah suci.
1.Lari – Lari Anak
Perbanyakkan berjalan kaki atau melakukan aktiviti senaman setiap pagi untuk melatih kecergasan badan.
2.Senaman Regangan Otot
Anda juga perlu melatih otot dengan melakukan senaman regangan otot supaya tidak mudah berlakunya kekejangan.aktiviti senaman seperti ini sangat penting untuk melatih diri sebelum berangkat ke tanah suci.
3.Bersenam Mengikut Kemampuan Diri
Ketika anda terlalu bersemangat untuk mengerjakan ibadah umrah,anda mungkin menjadi lebih giat untuk melakukan aktiviti senaman fizikal.Namun begitu,anda perlu mengukur kemampuan diri dan menyesuaikan senaman mengikut umur anda.Jika terlampau berlebihan ,risiko untuk mendapat kecederaan dan semput amat tinggi.
4.Buat Pemeriksaan Kesihatan
Sebelum berangkat ke tanah suci seeloknya membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui status kesihatan seperti kesihatan fizikal, mental dan keperluan khas seperti peralatan perubatan dan ubat-ubatan.