Mungkin sudah ramai yang telah melakukan umrah DIY ni tetapi mungkin pengalaman mereka tidak dapat berkongsi dengan anda semua yang berpunca dari pelbagai faktor. Apakah yang dimaksudkan dengan Umrah DIY ni? Mesti ada yang duk tertanya-tanyakan.
Mungkin terdapat sesetengah golongan yang berfikiran negatif bila kita sebut Umrah DIY. Umrah DIY ini adalah umrah yang dilaksanakan tanpa menggunakan travel agen atau tanpa menggunkan mana-mana pakej yang tersedia ada di Malaysia. Ramai di antara kita yang telah menggunakan teknik ini untuk mengerjakan umrah ataupun haji. Biasalah tu kan, dulu semua orang berebut-rebut untuk mengerjakan umrah atau haji dengan bantuan travel agen atau mana-mana pakej mengerjakan umrah.
Dek kerana harga pakej dah melambung naik pada masa kini, ramai yang sudah beralih angin dengan melakukan umrah DIY ini untuk menjimatkan bajet. Namun harus ingat, tidak semua Umrah DIY ini sesuai untuk setiap muslim di Malaysia. Umrah DIY ini hanya sesuai bagi mereka yang sudah beberapa kali mengerjakn Umrah. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah akan timbul semasa melakukan ibadah umrah.
Siapakah Yang Sesuai Untuk Umrah DIY Ini?
Kebiasaannya Umrah ini tidak dilakukan oleh mereka yang hanya baru sekali dua mengerjakan ibadah umrah tau. Mereka yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan tidak lagi bergantung kepada muttawif atau mana-mana travel agen lagi akan mengerjakan Umrah DIY ini.
Sebaiknya Umrah DIY ini dilakukan oleh mereka yang sudah biasa dan fasih tentang selok belok jalan dan suasana di sana. Mereka yang sudah terbiasa dengan prosedur di lapangan terbang, hotel, dan masjid-masjid di Mekah dan Madinah.
Apabila sudah berkali-kali mengerjakan umrah, sudah semestinya kita mahukan masa sendiri semasa berada di Mekah kan. Bukan apa, untuk beribadah dengan lebih khusyuk. Biasalah kan, masa pertama kali sampai kita ikut mutawwif untuk menunjukkan tempat-tempat untuk beribadah dan tidak kurang juga mengunjung ke kebun-kebun kurma.
Jadi kita akan sudah kurang untuk ke kebun-kebun kurma sebagainya, kita mahukan masa yang lebih banyak untuk beribadah dan mendekatkkan diri kepada Allah semasa berada di Masjid Nabawi dan Masjidilharam.Oleh sebab itulah umrah DIY ini sesuai bagi mereka yang sudah mempunyai perancangan masa mereka sendiri.
Kebiasaannya, kalau pergi umrah bersama group atau secara berkumpulan ini, bermacam-macam kerenah orang yang akan berlaku. Biasalah, kita sebagai manusia yang lemah ini, bila berhadapan dengan orang yang bermacam-macam kerenah ni, macam-macam benda duk melayang dalam kepala kita. Perkara-perkara seperti ini akan menjejaskan niat kita semasa berada di sana.
Jadi dengan melakukan umrah DIY ini, kita tak perlu dah nak pening-pening, nak berfikir macam-macam kerana kita boleh fokus pada ibadah kita sepenuhnya kerana tidak perlu terikat dengan sesiapa. Nak keluar bilik pukul berapa, nak balik ke hotel pukul berapa sekalipun ia tidak akan melibatkan orang lain.
Apakah Kelebihan Umrah DIY Yang Akan Anda Perolehi?
- Anda boleh tentukan masa anda sendiri tanpa terikat dengan sesiapa.
- Anda yang akan menentukan aktiviti mana yang akan anda lakukan telebih dahulu.
- Hotel atau tempat untuk menginap juga anda sendiri yang akan pilih sama ada yhang dekat dengan masjid ataupun jauh (kena rajin mencari lah yee).
- Boleh pergi masa tiket penebangan tengah buat offer tanpa fikir apa-apa dah. Ada je offer terus sambar.
- Penginapan lebih selesa kerana menginap dengan keluarga kita saja tanpa melibatkan orang lain.
- Boleh mengerjakan umrah ramai-ramai dengan ahli keluarga kerana harga lebih menjimatkan dan boleh berkongsi untuk menyewa hotel di sana.
- Boleh membawa ibu bapa yang tua atau uzur dan tidak perlu menyusahkan orang lain dengan aktiviti yang mereka sedang lakukan.
Tapi..Adakah Umrah DIY Tidak Mempunyai Sebarang Risiko?
Kalau nak diikutkan semua kisah-kisah yang kita pernah dengar ataupun terbaca di mana-mana blog, semua kisahnya yang mengerjakan umrah DIY ni berjaya. Malahan ada yang menyatakan tidak ada masalah. Tetatpi apakah kita pernah terfikir suasana mereka di sana?
Adakah kita semahir mereka yang pernah melakukan umrah DIY saat mereka berada di sana? Sememangnya semua saudara-saudari sesama agama Islam ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk beribadah dan mendekatkn diri kepada Allah.
Tapi duit selalunya menjadi penghalang bagi kita golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi seronok lah dapat mengerjakan umrah atau haji tanpa berfikir panjang. Oleh sebab demikian lah kita yang golongan berpendapatan sederhana selalu mencari jalan yang singkat dimana memilih untuk mengerjakan umrah DIY ini.
Kalau kita mengkaji dengan teliti dan melakukan pemerhatian yang sepenuhnya, banyak juga sebenarnya masalah yang harus difikirkan sebelum kita mengerjakan Umrah DIY. Antaranya ialah, masalah bahasa. Kalau kita seorang yang fasih berbahasa arab merupakan satu bonus untuk kita. Namun itu belum menentukan kita okay tau tak. Kita kena mengenal sesuatu tempat itu dengan betul-betul fasih supaya memudahkan kita untuk menanyakan sesuatu sebagai contohnya hotel tempat kita menginap.
Kita harus kenal hotel yang merupakan tempat yang kita menginap dan keadaan sekeliling dengan mendalam supaya apabila kita tersesat, senang untuk kita menanyakan arah yang betul nanti. Berlainan sekiranya kita pergi bersama mutawwif kerana meraka akan menunggu sekiranya hendak pergi kemana-mana sekalipun. Ini memudahkan kita supaya tidak perlu tercari-cari untuk ke mana-mana.
Ini yang paling penting. Anda semua harus memikirkan tentang perkara ini. Sekiranya berlaku kematian semasa anda mengerjakan Umrah secara DIY, memang sangat merumitkan untuk menguruskan jenazah. Yang paling teruknya proses untuk membawa pulang jenazah pasti sangat menyukarkan anda dan memerlukan banyak masa untuk memenuhimprosedur yang telah ditetapkan.
Bukan bermakna kita menginginkan perkara sebegini terjadi apabila kita memikirkannya. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga supaya kita boleh berfikir dengan lebih mendalam sebelum mengambil jalan pintas dengan melakukan Umrah DIY. Disaat kita mengalami kesulitan disana tidak kira sama ada kematian ataupu jatuh sakit, kita tiada tempat untuk bergantung tau, ahli keluarga jauh bahasa mereka pulak kita tak fasih.
Perkara sebegini pastinya akan mendatangkan pelbagai lagi masalah kepada kita. Sekiranya kita mengerjakan umrah dengan diiringi mutawwif, sekurang-kurangnya apabila kita mengalami sebarang kesulitan mereka ada untuk membantu menyelesaikan dan menguruskan apa yang patutu untuk kita.
Akhir kata, tujuan penulisan saya pada kali ini bukan untuk menakutkan anda untuk mengerjakan umrah secara DIY, tetapi bukan juga untuk menggalakkan anda semua mengerjakan umrah secara DIY.
Penulisan ini bertujuan supaya dapat membuka mata setiap dari kita tentang kebaikan dan keburukan mengerjakan umrah secara DIY. Supaya kita dapat melakukan persiapan yang sewajarnya sebelum mengerjakan umrah secara DIY dan juga supaya anda semua berfikir sehabis dalam segala aspek supaya tidak akan menyulitkan perjalanan anda mengerjakan umrah nanti.
Tidak dinafikan niat utama kita adalah untuk mengerjakan ibadah sebanyak mungkin semasa berada di Tanah Suci. Tapi pesoalannya, adakah kita tenang sekiranya kita mengerjakan umrah DIY dan ditimpa musibah? Jawapannya mesti tidak kan?
Kenapa kita yang berpendapatan sederhana dan rendah perlu memaksa diri untuk mengerjakan umrah secara DIY? Sedangkan Islam itu sendiri tidak akan membebankan kita? Allah tidak pernah menguji kita di luar kemampuan kita. Ini terbukti sebagai mana berikut:
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”(Surah Ali-Imran: 97)
Baginda Rasulullah SAW bersabda:
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah hambaNya dan pesuruhNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan.”
Riwayat Muslim (16)
Merujuk kepada persoalan di atas, hukum mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Namun, ibadah haji dan umrah ini dikira sunat untuk dikerjakan secara berulang-ulang kali. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang telah dijanjikan kepada sesiapa yang melaksakan ibadah haji dan umrah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaaan.
Jadi tidak perlulah kita yang berpendapatan sederhana dan rendah memeningkan kepala untuk tergesa-gesa untuk mengerjakan umrah secara berulang-ulang kali. Ingatlah satu perkara ini iaitu, DUIT (Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal). Sentiasa lah berdoa kepada Allah supaya dipermudahakn segala urusan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga kita beroleh umrah dan haji yang mabrur. Amin.
Justeru, sentiasalah berdoa agar Allah mengurniakan kita rezeki dan peluang untuk menjejakkan kaki di bumi Mekah dan Madinah sebelum kita kembali menemui Allah SWT. Insyaa Allah.