Jangan Bajet Makanan Seperti di Rumah Sendiri !! – Umrah

Makan di hotel atau tidak bukan penyebab sesuatu pakej menjadi mahal atau murah. Ia bergantung kepada menu makanan yang disediakan  oleh katering pihak hotel kerana kadang-kadang menu makanan yang disediakan oleh katering tidak sama. Ada yang murah hanya 2 jenis lauk. Ada yang mahal 3,4,5 jenis lauk. Begitu juga dengan buah-buahan dan manisan, ada yang disediakan ada yang langsung tidak disediakan. Semua ini bergantung kepada pakej yang diambil samada murah atau mahal.

Satu yang WAJIB kita tahu semasa hendak pilih pakej yang berkaitan makanan ialah menu makanan yang ditawarkan oleh pakej kerana isu makanan sangat sensitif terutamanya kepada jemaah yang cerewet tentang pilihan makanan yang mereka suka.

Jemaah perlu tahu terma FB dan HB! FB bukan Facebook ya tetapi FULL BOARD. Maksudnya jemaah perlu mengetahui adakah pihak agensi menyediakan makanan lengkap TIGA kali sehari. Kalau ada tambahan itu, mungkin extra servis mutawwif atau agensi.

HB? Bukan Hemoglobin yer, Tapi maksudnya HALF BOARD iaitu hanya disediakan sarapan sahaja. Biasanya di dalam Pakej Umrah Mampu Pergi inshaAllah akan dapat makan tiga kali sehari, hanya umrah Pakej Premium sahaja yang dicadangkan HB. Jika menginap di hotel mewah, makanan di sana sangat mahal. Tambah lagi  jika  tidak kena dengan selera, hujungnya makan kebab dekat restoran bawah hotel juga. Yang dibayar dekat agensi terbazir macam tu sahaja.

*Sedikit tips tambahan, kebiasaannya masakan di Mekah lebih enak dan sedap berbanding Madinah. Kenapa? Itu bergantung kepada pihak katering yang sediakan.

Bagi yang mengambil pakej HB iaitu HALF BOARD boleh cuba untuk cari makanan di sekitar hotel Mekah dan Madinah. Di Madinah dan Mekah, sepinggan nasi mahupun semangkuk kuah adalah bahagian makan untuk 2 orang Malaysia. Memang banyak. Biasanya nasi beriyani beharga SAR10-12 sepinggan. Untuk lagi sedap, tambah kari ayam atau daging dalam SAR10-15 semangkuk. Kuah dhal atau sayur lebih kurang SAR6. Bila beli kuah, automatik akan dapat paling sikit, 2 keping roti.

SAR10- SAR30 sekali makan sudah cukup untuk 2 orang makan. Untuk sarapan pagi boleh makan kebab berharga SAR5 dan Teh O (chai) berharga SAR1. Jika chai dengan susu pula berharga SAR2. Jika rasa nak jimat boleh bawa kopi segera 3 in 1 dari Malaysia. Nak lagi jimat boleh minum air zam-zam.

Ada yang mengatakan makanan di Mekah lebih murah berbanding di Madinah. Tapi sebenarnya makanan di kedua-dua tempat adalah lebih kurang. Perlu pandai memilih tempat untuk makan. Kebanyakan tempat yang orang tempatan berkumpul itulah makanan yang sedap.

 

1. Al-Baik

Di Mekah, bertentangan dengan Luggage Locker 4 terdapat pusat membeli belah. Di sini letaknya Al-Baik, makanan  fast food yang popular. AlBaik ditubuhkan pada tahun 1974 dan mula beroperasi di bandar Jeddah, Arab Saudi. Sekarang, restoran ini mempunyai 40 cawangan di bandar Jeddah dan berpuluh-puluh cawangan di bandar-bandar lain.

Hidangan yang paling terkenal ialah ayam goreng. Ayam ini disalut dengan tepung dan digoreng sehingga rangup. Kemudian, ia dihidangkan dengan kentang goreng, roti burger, dan pelbagai sos seperti sos cili dan bawang putih. AlBaik bukan sahaja dapat dinikmati ketika umrah tetapi boleh juga dibeli secara online.

 

2. Kepala Kambing

Kira-kira 20 minit dari kompleks Masjid Nabawi terdapat pasar yang dipanggil Pasar Ikan. Terletak di antara lorong-lorong pasar, terdapat kawasan makanan yang ramai dikunjungi pengunjung. Lokasi ini sama dengan sebuah restoran makanan. Terdapat beberapa meja dan kerusi serta boleh memesan makanan dari beberapa gerai makanan di sekitar pasar. Ada yang menawarkan menu nasi dengan pelbagai hidangan kambing yang biasanya disebut mandhi lahamb. Terdapat juga menu ikan goreng dan juga menu pencuci mulut.

Tetapi yang paling diminati oleh jemaah ialah kepala kambing yang dibakar di dalam tanah. Bila dipesan, penjual akan mengeluarkan satu kepala kambing dari panggangan bawah tanah. Kemudian isi kepala kambing dikeluarkan satu per satu. Isinya adalah kombinasi daging dan isi kepala kambing yang lembut yang dicampur dengan rempah.

 

3. Sekitar Masjidil Haram, Mekah

Jika berada di Mekah, sekitar kawasan Masjidil Haram terdapat banyak pilihan makanan. Bermula dari makanan khas Arab Saudi, makanan segera antarabangsa seperti KFC, McDonalds dan Dominos Pizza, sehingga makanan Malaysia juga tersedia.

Harganya pelbagai bermula dari SAR10 hingga SAR100. Walaupun harganya murah, anda pelu bersiap-siap untuk menikmatinya dalam bahagian yang besar. Nasi yang agak banyak dan kepingan besar daging adalah tipikal makanan di sana. Di Masjidil Haram juga, jemaah dapat merasakan makanan yang dijual di pinggir jalan seperti nasi, ayam panggang, kambing panggang dan makanan lain.

 

 

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *