5 Tips Pemilihan Pakaian Umrah Yang Sesuai Bagi Wanita

Apabila mengerjakan ibadah umrah, mesti para jemaah wanita tidak mahu berlaku sebarang masalah yang berkaitan pakaian. Menyebabkan para jemaah keliru tentang pemilihan pakaian yang akan dipakai semasa unrah nanti. Jom baca tips pemilihan pakaian umrah yang sesuai bagi wanita di bawah !

Buat wanita yang pertama kali akan mengerjakan umrah pasti keliru tentang pemilihan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa umrah nanti. Pemilihan pakaian yang bersesuaian  adalah sangat penting untuk memastikan keselesaan dan pergerakan berjalan dengan lancar ketika melakukan ibadah umrah.

Di sini kami share beberapa tips untuk pemilihan pakaian yang sesuai bagi wanita untuk dibawa ke tanah suci. Diharapkan puan-puan baca tips ini sehingga habis, InsyaAllah paun-puan tidak akan pening kepala dan boleh kekal fokus untuk mengerjakan umrah dengan yakin, selesa dan tenang. Semoga bermanfaat untuk puan-puan dalam membuat persiapan.

 

TIPS 1 : Pemilihan Jubah

Antara pakaian yang pasti dibawa oleh jemaah sebagai keperluan asas ke Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Seeloknya, jubah yang dibawa perlulah selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal. Warna putih popular dalam kalangan jemaah Malaysia (dikhabarkan sunnah), tetapi jubah hitam tidak kurang banyaknya terutama dalam kalangan jemaah-jemaah dari Timur Tengah.

Di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sangat sejuk keran dipasang penghawa dingin, jadi sebaiknya pakai baju yang tidak terlalu nipis dan tebal. Di Masjidil Haram agak sukar untuk mengambil wudhu kerana lokasinya terletak jauh di luar masjid. Jadi elakkan membawa cardigan atau jaket kerana ini akan membatas pergerakan dan meyusahkan proses mengambil wuduk. Oleh yang demikian, pilih baju yang wudhu-friendly supaya senang mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa dalam botol.

 

TIP 2 : Jubah Seluar Memudahkan Pergerakan Untuk Berziarah

Digalakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu atau dua pasang jubah seluar atau jubah cardigan yang boleh dipakai  bersama seluar di dalam kerana semasa di Mekah dan Madinah, jemaah akan dibawa ke kawasan bukit seperti Bukit Uhud dan Jabal Rahmah. Semestinya jemaah akan menaiki bukit tersebut untuk menghayati sejarahnya.

Jubah seluar digalakkan untuk dipakai bagi memudahkan pergerakan dan memastikan keperluan menutup aurat tidak diabaikan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja semasa mendaki bukit. Jika ingin memakai jubah biasa, pastikan seluar yang dipakai di dalam tidak ketat bagi menjaga aurat dan memudahkan pergerakan.

 

TIP 3 :  Tudung Sarung/ Instant

Tudung ini sangat sesuai untuk dibawa ketika ziarah kerana tidak perlu digosok dan jika dilipat ianya tidak akan berkedut kerana diperbuat daripada kain cotton lycra.  Tudung ini boleh terus dipakai tanpa ragu-ragu. Digalakkan tudung sarung ini agar berdagu untuk memenuhi keperluan syarak.

Terdapat juga sesetengah jemaah wanita yang berkeras ingin memakai shawl ketika ziarah luar. Ini akan menyukarkan untuk mengambil wudhuk kerana terpaksa menaggalkan shawl, memakai telekung, dan kemudian memakai shawl semula. Shawl adalah bersifat berbelit-belit dan bukan senang untuk dipakai !.

Hal ini kerana ingin memelihara wudhuk dan tudung yang dipakai boleh terus dibawa solat terutamanya semasa berhenti untuk berniat di miqat. Jika perlu ambil wudhu sekalipun, tudung yang dipakai haruslah senang dibuka dan dipakai semula. Hal ini disebabkan, ada pihak pengurusan yang menggesa untuk cepat atas kekangan masa atau mengejar solat fardhu di masjid.

 

TIPS 4 : Pakaian Anti Iron

Masa yang senggang semestinya kita ingin mengisinya dengan beribadah, bukannya untuk  seterika tudung dan baju yang susah untuk di-iron. Ada jemaah yang suka memakai khimar di tanah suci. Jenis kain yang biasa digunakan untuk membuat khimar adalah adalag sangat tidak iron-friendly dan akan memakan banyak masa lebih kurang setengah jam untuk di-iron. Khimar memang menampakkan flowy, anggun dan sweet. Tetapi jika tidak di-seterika dengan betul, akan menampakkan seperti longgokan kain yang berkedut-kedut!

Tatkala menunaikan umrah, badan kita akan letih dengan tawaf dan saie, diambah pula dengan tidur yang tidak cukup kerana ingin mengerjakan ibadah dan mengejar masa untuk solat di masjid. Masa yang tersisa biasanya digunakan untuk berehat secukupnya. Kita akan menjadi stress jika masa untuk berehat digunakan untuk seterika baju!

 

TIPS 5 : Pakaian Yang Tidak Berat (Lightweight Clothes)

Kebiasaannya, setiap  jemaah diberi had untuk mengisi bagasi sebanyak 30 KG. Mungkin para jemaah tidak berkeinginan untuk membeli-belah di sana, tetapi semestinya jemaah mungkin ingin membeli beberapa cenderamata buat insan-insan tersayang di tanah air. Oleh hal yang demikian, baju yang dibawa haruslah ringan dan tidak berat bagi mengelakkan bagasi terlalu berat. Seterusnya akan menyukarka kita untuk bergerak dan hadiah seperti kurma dan air zam-zam tidak dapat di muatkan dalam beg kerana penuh dengan pakaian.

 

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *