Bagaimana Menguruskan Jenazah Di Mekah Atau Madinah

Bagaimana Menguruskan Jenazah Di Mekah Atau Madinah jika berlakunya kematian rakyat Malaysia yang berada di Mekah atau Madinah tidak kira kematian itu samaada di hotel, masjid atau hospital, perkara yang perlu dilakukan untuk  menguruskan jenazah di Makkah atau Madinah adalah seperti berikut.

Untuk visa umrah, maklumkan kematian kepada pihak muasasah untuk mendapatkan surat kematian dari pihak hospital. Jika jemaah meninggal dunia di hotel atau masjid perlu hubungi hospital dan pegawai polis untuk pengesahan kematian. Surat kematian akan dikeluarkan selepas tempoh 2-4 jam selepas pesakit disahkan meninggal dunia di hospital. Proses lebih lama jika kematian berlaku di luar hospital, kerana perlu dapatkan surat pengesahan polis sebelum surat kematian dikeluarkan.

Untuk Visa Tourist, perlu upah syarikat pengurusan jenazah, bayaran SAR2500-3000. Mereka akan uruskan proses untuk dapatkan surat kematian dari pihak hospital dan buat laporan polis.

Dokumen mengenai kematian jemaah perlu dihantar ke KONSULAT MALAYSIA di JEDDAH untuk mendapatkan keizinan pengebumian.

Dokumen yang perlu dibawa ke konsulat Malaysia di Jeddah seperti berikut :

  • Surat Tabligh Wafah dari Hospital
  • Passport asal jenazah
  • Passport asal waris
  • Surat pengesahan izin pengebumian oleh waris
  • Surat polis masjid(jika jemaah meninggal di Masjidil Haram)

Setelah mendapatkan surat kebenaran dari konsulat Malaysia, pergi ke hospital untuk menuntut jenazah. Pihak hospital akan diiringi oleh petugas, waris ke tempat pemandian jenazah untuk proses berikutnya. Catat nombor katil dan nombor van jenazah untuk dimaklumkan kepada pegawai untuk proses seterusnya.

Jenazah akan dibawa ke masjidil haram atau masjid nabawi 1-30 minit sebelum masuk waktu solat/azan. Jenazah akan di bawa ke tanah perkuburan Al-Syaro’l. Sila catat nombor kubur. Selesai proses pengebumian, seterusnya proses mendapatkan sijil kematian (shahadah Wafah) melalui muasasah (Visa Umrah), jika visa pelancongan, pihak polis akan berurusan dengan konsulat Malaysia di Jeddah.

Kebiasaanya sijil kematian akan dapatkan tempoh 14-30 hari. Selepas dapat sijil kematian, dokumen dihantar ke konsulat Malaysia di Jeddah untuk disahkan dan diterjemahkan. Proses ini sangat penting kerana ia menjadikan dokumen sahlaku ditanah air untuk proses di Malaysia

Di Madinah , prosedur yang sama seperti di Mekah kecuali urusan dokumen tidak perlu ke Jeddah. Hanya perlu di pejabat muasasah di Madinah, Mulai 2020, hanya pemukim Madinah sahaja dibenarkan disemadikan di Perkuburan Baqi’. Jenazah yang bukan pemukim Madinah akan disemadikan di Permakaman Hayy Sayyid Syuhada, Uhud.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *