Bakal Jemaah Umrah Malaysia Perlu Bayar Caj Tambahan Visa RM350

SHAH ALAM : Rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan  untuk visa yang berjumlah RM350 (300 Riyal) yang diumumkan pertama kali oleh Kerajaan Arab Saudi.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata caj yang dikenakan buat pertama kalinya kepada rakyat Malaysia ini dilihat tidak terlalu mahal untuk ditanggung bakal jemaah.

“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan inadah umrah sebelum 10 September untuk pergi selepas tarikh itu, mreka juga akan dikenakan caj tambahan visa berkenaan.”

“Walau bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi ada mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang untuk setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebeum ini,” katanya pada sidang media.

Turut dihadiri, Naib Presiden Industri PAPUH, Datuk Helmi Daud dan Setiausaha Kehormatnya, Datuk Jefri Sulaiman.

 

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *