Jarak Hotel Yang Releven Untuk Jemaah

Apabila ingin mengerjakan Umrah, hampir semua orang akan mencari hotel yang sesuai dengan kemampuan masing-masing bagi memudahkan urusan umrah nanti. Pastinya faktor harga akan menjadi perkara utama sebelum membuat pilihan.

Secara dasarnya hotel dekat harganya mahal manakala hotel jauh harganya murah. Simple matematik. Namun, dengan perkiraan mudah ini, kita juga perlu letakkan sedikit belas kasihan di dalam membuat keputusan memilih pakej. Ada warga emas, kanak-kanak atau ibu mengandung yang perlu kita ambil berat.

Banyak juga pakej-pakej umrah yang dijual oleh syarikat travel agensi berlesen yang sah mengikut kehendak sektor pelanggan. Yang mana satukah menjadi pilihan hati anda ??

Jarak yang paling sesuai adalah sekitar 250-300 meter. Untuk yang berkerusi roda terutama orang tua, ia masih tidak menyukarkan dari segi perjalanan. Elakkan mengambil hotel di sekitar kawasan yang berbukit dan jauh ke belakang sekitar 1 km (Jika datang sorang, masih bujang, dan kuat – tak apalah!!). Bagi anak-anak pula masa inilah hendak berbakti kepada kedua ibu-bapa kita.

 

Kategori Jarak Hotel

1. Jarak Hotel Yang Dikira Paling Dekat (30 – 50 meter)

Hotel yang paling dekat adalah berjarak 30 meter hingga 50 meter, memang turun-turun dah sampai di Masjidil Haram tanpa perjalanan yang jauh. Bayangkan turun dari hotel terus nampak dataran Masjidil Haram. Tapi ada juga yang berpendapat, apabila hotel terlalu dekat dengan tempat penginapan ada pula yang jadi susah untuk turun solat di masjid. Nauzubillahiminzalik. Tapi, memang pernah ada jemaah yang mengaku bila penyakit MALAS datang semua boleh jadi.

 

2. Jarak Hotel Yang Dikira Sederhana Dekat (180 – 600 meter)

Hotel yang dekat juga dikategorikan dengan harga yang berpatutan dengan jarak yang berpatutan seperti hotel yang berjarak 180-600 meter. Hotel 180 meter boleh dibayangkan dengan perjalanan yang mengambil masa 7 hingga 10 minit. Manakala hotel 600 meter memerlukan perjalanan 15 minit sahaja. Jarak ini boleh dibayangkan seperti kita berjalan dari parking kereta menuju ke dalam shopping kompleks ataupun kita parking kereta dan berjalan masuk ke Tesco. Jarak ini masih dianggap okay kerana pembayaran untuk harga pakej tersebut.

 

3. Jarak Hotel Yang Dikira Jauh (1 kilometer)

Hotel yang paling jauh adalah hotel yang berjarak 1 kilometer dan ke atas. Di mana memerlukan bas dan Mikrobas untuk menghantar dan mengambil semasa pergi dan balik untuk solat dan seumpamanya.

 

 

Sebab Perlu Memilih Pakej Umrah Hotel Dekat

1. Kepuasan untuk beribadah

Hotel yang dekat memudahkan kita untuk ulang-alik ke Masjid dengan cepat tanpa perjalanan yang jauh.

2. Mudah bagi yang berumur

Mereka yang berusia susah untuk berjalan jauh apatah lagi untuk menaiki bas untuk balik ke hotel, jadi yang paling mudah untuk mereka ialah hotel yang paling dekat, 50 meter terbaik untuk mereka.

3. Mereka yang sakit lutut

Bagi mereka yang sakit lutut disarankan untuk memilih hotel yang 50 higga 180 meter. Jangan memilih hotel yang berjarak 1 kilometer ke atas. Yang sakit lutut pilihlah hotel yang paling dekat dengan mengambil pakej yang berbaloi, janganlah dikira sangat duit dalam beribadah. Invest sedikit untuk keselesaan agar kepuasan dalam beribadah itu tercapai.

4. Membawa anak

Mereka yang membawa anaj juga disarankan untuk memilih hotel yang dekat untuk memudahkan urusan dan perancangan program untuk anak-anak sepanjang berada di tanah suci nanti. Contonhya, bergilir dengan suami isteri untuk membuat ibadah semasa membawa anak-anak, bergilir untuk tawaf, solat dan sebagainya.

5. Sakit

Mereka yang sakit dialisis, sakit tua atau sakit-sakit yang tertentu juga digalakkan untuk memilih hotel berhampiran dengan Masjid.

 

Apa pun jarak hotel, sebenarnya memberi peluang untuk kita melihat suasana sekitar Masjidil Haram, kenali adab, cara hidup dan budaya masyarakat di sana.

Banyak perjalanan, luas pemandangan!

 

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *