Jemaah Haji Jangan Nak Berswafoto Sangat

Swafoto di depan Kaabah

KUALA LUMPUR : Jangan sibuk berswafoto, tumpu pada ibadah.

Ketika menunaikan  rukun Islam yang kelima, kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji mengambil gambar di dalam masjid.

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan telah menerima surat makluman rasmi daripada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri berkaitan dengan larangan bergambar di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Berdasarkan kepada surat tersebut, penguatkuasaan larangan ini dikeluarkan bagi memastikan ketenteraman beribadat, mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan gangguan selain memelihara kesucian dua masjid berkenaan,” kata TH dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah berkata, Tabung Haji mengambil tindakan proaktif semasa Kursus Haji dengan memaklumkan larangan tersebut yang bermula dari 2 Disember 2017.

Nasihat dan penerangan melalui media sosial akan turut dilaksanakan secara berterusan kerana ia lebih mudah dan cepat.

“Jemaah Haji Malaysia disarankan mematuhi peraturan ketika berada di tanah suci dan terus menjaga nama baik negara Malaysia berdasarkan kepada pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai negara yang memiliki jemaah haji yang berdisiplin dan mematuhi undang-undang,” tambahnya.

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *