Jemaah Umrah Wanita Dijangka Meningkat 40 Peratus – BUMITRA

KUALA LUMPUR: Susulan keputusan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas masuk ke negara itu menggunakan visa pelancong meyebabkan jumlah jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah meningkat sehingga 40 peratus.

Naib Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) (Haji dan Umrah), Ayob Mat Aris, berpendapat keputusan terbaru SCTH itu akan mendorong lebih ramai kaum wanita negara ini ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.

Ini kerana, ia berdasarkan kepada ekonomi negara ini dan aliran pelancongan yang menyaksikan golongan wanita sekitar usia berkenaan dan ke atas mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi.

“Kami sangat mengalu-alukan keputusan SCTH ini dan berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana ia akan memudahkan rakyat Malaysia, terutamanya wanita berusia 25 tahun dan ke atas untuk membuat umrah.”

“Keputusan ini juga akan memudahkan wanita yang hendak ke Arab Saudi kerana tidak memerlukan mahram. Hal ini demikian kerana ada antara mereka yang  ujang atau ibu tunggal yang berharap dapat ke Tanah Suci pada usia muda.”

Berdasarkan keputusan ini, visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari. Visa ini merangkumi mereka yang berada di Arab Saudi, termasuk bagi individu yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah.

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *