Panduan Dan Tips Mudah Mengerjakan Umrah Mengikut Tertib

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang di kasihi dan do hormati sekalian. sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap tahun mana-mana pakej yang ditawarkan oleh pihak-pihak agensi untuk kita sewajibnya mesti ada yang baru pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Jadi, ramai juga yang tertanya-tanya dan masih tercari-cari panduan untuk mengerjakan umrah yang ringkas namun menjamin keselesaan untuk beribadah disamping dapat menampung segala masalah yang timbul tanpa di duga.

Di kesempatan ini, saya ingin menuliskan beberapa tips untuk mereka yang baru pertama kaki ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Semoga setiap perkongsian ini dapat memberikan walaupun sedikit manfaat untuk para pembaca sekalian.

Sebelum saya menulis lebih lanjut tentang tips untuk mengerjakan umrah bagi mereka yang baru pertama kali, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang di anugerahkan oleh Alllah SWT untuk saya kepada semua.

Umrah dan ziarah merupakan satu perjalanan rohani dan bukannya perjalanan untuk melakukan sahaja yang mana kita menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci dan juga melawat tempat-tempat bersejarah dengan harapan kita memahami, merasai dan menghayati kesusahan, keperitan, kesabaran dan tahap keimanan penduduk-penduduk terdahulu para sahabat yang bersama Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam.

Seperti yang kita ketahui rukun Islam telah menggariskan mengerjakan umrah dan haji bagi mereka yang berkemampuan sebagai rukun Islam yang kelima dan dalam kita mengerjakan umrah, Islam telah menggariskan 5 syarat wajib umrah iaitu:

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Berkemampuan

Ini bermaksud, Islam telah menetapkan untuk mengerjakan umrah dan haji kepada mereka yang benar-benar berkemampuan. Sesungguhnya Islam itu indah tiada paksaan. Allah SWT sememang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Akan tetapi saya sangat memahami keingin setiap insan yang bergelar muslim untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Berkemampuan boleh di kategori kepada dua iaitu, berkemampuan kepada diri sendiri seperti sihat tubuh badan, mampu memberikan nafkah kepada keluarga secukupnya dan mengalamai kesempitan wang. Manakala satu lagi ialah berkemampuan kepada orang lain seperti, sakit yang tiada harapan untuk sembuh, terlalu tua atau uzur dan meninggal dunia tanpa sempat untuk mengerjakan umrah dan haji yang mana mereka boleh mewakilkan kepada orang yang lebih berpengetahuan untuk mengerjakan umrah dan haji bagi pihaknya.

Mesti ramai yang duk tertunggu part panduan untuk mengerjakan umrah kan? Jadi baca elok-elok yee semua.

Tips Mengerjakan Umrah Bagi Yang Pertama Kali

Ini bukan bermaksud mereka yang pertama kali sahaja boleh membaca, mungkin kita yang sudah berulang-ulang kali pun boleh membacanya sebagai peringatan dan recall balik apa yang kita lupa.

1. Secara asasnya, perkara yang paling utama dan harus diberi perhatian yang sepenuhnya ialah niat kita. Niat kita haruslah ikhlas kerana Allah SWT. Tanam dalam diri kita dan semadikan di hati kita untuk beribadat bersungguh-sungguh dan seikhlas hati untuk menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Perkara yang pertama sebelum kita melakukan ibadah umrah ialah, niat.

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala

2. Kemudian tawaf mengelilingi Baitullah. Kita juga harus berniat tawaf apabila hendak mengerjakan ibadah tawaf.

آللَّهُمَّ إِنِّى أُرِيدٌ طَوَفَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ طَوَافَ الْعُمْرَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Ta’ala

Selain berniat sebelum melakukan tawaf, kita juga harus tahu syarat sah tawaf yang telah digariskan seperti, Tawaf hendaklah dilakukan di luar Kaabah akan tetapi hanya di dalam kawasan Masjidil Haram sahaja. Selain itu, kita tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah sekalipun kita dapat bertawaf berhampiran dengan Kaabah.

Laluan yang berada di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah kita tidak boleh gunakan semasa kita mengerjakan ibadah tawaf kerana Hijr Ismail juga dikira sebagai sebahagian daripada Kaabah. Jadi anda kenalah berhati-hati semasa mengerjakan tawaf. Paling penting, pastikan laluan yang mita gunakan untuk bertawaf itu bersih dari sebarang najis.

Tawaf hendaklah dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama atau sekarang ini pihak pengurusan Masjidil Haram telah menyediakan lampu yang berwarna hijau yang mana ia memberi isyarat bahawa di situ kita akan bermula dan berakhir untuk melakukan Tawaf. Anda mesti ingat, kita kena lakukan tujuh pusing dengan sempurna dan penuh yakin dan juga pastikan bahu kiri sentiasa mengadap ke arah Kaabah. Pastikan diri kita suci dari hadas besar dan dalam keadaan sentiasa dalam wuduk, badan suci dari najis dan menutup aurat.

3. Saei yang dimulakan di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Bagi kita yang baru pertama kali mengerjakan umrah, bolehlah rujuk kepada mutawwif yang membimbing kumpulan anda tentang doa-doa untuk dibaca semasa saei.

Saei dilakukan apabila kita sudah selesai mengerjakan tawaf dengan sempurna dan memenuhi syarat-syarat sah tawaf. Hati kita tidak boleh berbelah bagi dan harus sentiasa berniat untuk melakukan Saei semata-mata. Seperti mana Tawaf, Saei juga harus di lakukan sebanyak tujuh yang mana bermula di Bukit Safa dan akan berakhir di Bukit Marwah. Namun anda harus ingat, perjalanan itu tidak boleh terputus yang mana seseorang yang sedang melakukan saei tidak boleh keluar melalui satu pintu dan masuk semula melalui pintu lainnya.

4. Bercukur atau tahallul yang mana seseorang individu itu perlu membotakkan kepala atau menggunting mana-mana bahagian rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Untuk mengelakkan kekeliruan bagi mereka yang sudah botak sejak di Tanah Air, mereka hanya perlu melalukan sahaja pisau cukur di atas kepala mereka.

Bagi mereka yang mengerjakan umrah bersama isteri atau suami, suami boleh mengguntingkan rambut isteri terlebih dahulu sebelum mengguntingkan rambutnya sendiri selepas kedua-dua mereka selesai Saei umrah. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya si suami bercukur terlebih dahulu sebelum si suami mengguntingkan rambut isterinya. Bagi wanita yang haid, mereka boleh bertahallul dan rambut yang dipotong boleh diletakkan sahaja ke dalam bekas yang disediakan.

5. Tertib. Dalam kita mengerjakan umrah, kita harus mengerjakan syarat-syarat umrah mengikut tertib yang mana bermula dari niat sehinggalah bercukur. Mudah-mudahan ibadah yang kita kerjakan diterima oleh Allah SWT.

Semoga perkongsian ini sikit sebanyak ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Dengan harapan ibadah umrah yang kita lakukan menjadi umrah yang mabrur dan setiap ibadah kita di terima oleh Allah SWT. InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi dengan anda semua tips-tips atau panduan umrah di post yang seterusnya. Assalamualaikum.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *