Pantang Larang Haji Dan Umrah Bagi Wanita Dalam Haid Dan Nifas

Keinginan seseorang wanita untuk mengerjakan umrah sememangnya tidak terbatas sama juga untuk pergi shopping. Tak sabar-sabar katakan. Kelengkapan untuk mengerjakan umrah bagi wanita adalah lebih rumit dan lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan golongan lelaki.

Oleh sebab itu lah persiapan yang rapi harus dititik beratkan agar bila sampai kat sana nanti, golongan wanita tidak perlu nak kalut-kalut nak beli kelengkapan tambahan. Bukan tak boleh membeli kat sana tapi untuk menjimatkan kos je dan tak salahkan kalau kita buat persiapan yang rapi dari Tanah Air lagi baru lah boleh fokus semasa mengerjakan umrah dan beribadah.

Banyak pantang larang yang harus dipatuhi oleh golongan wanita semasa mengerjakan umrah kerana kadang-kadang mereka dalam keadaan haid ataupun nifas. Antara yang harus patuhi oleh golongan wanita semasa haid dalam mengerjakan haji ialah:

1. Apabila seseorang wanita itu dalam keadaan haid dan nifas dan dalam masa yang sama dia berada dalam keadaan berihram, dia diharuskan untuk mengerjakan ke semua ibadah hajinya kecuali tawaf dan saie. Tawaf qudum akan digugurkan daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendak menunggu sehingga suci.

2. Seterusnya sekiranya seseorang wanita itu mengerjakan Haji Ifrad, dia perlu melakukan tawaf Ifadhah dan tawaf Wida’ dan kemudiannya melakukan saie sebagai saei haji. Sekiranya wanita tersebut mengerjakan Haji Tamattu’ atau Haji Qiran, dia hanya perlu mengerjakan perkara wajib Haji Ifrad dan tidak perlu mengerjakan wajib Haji Tamattu’ atau Haji Qiran sekiranya wanita tersebut belum suci sebelum wuquf di Arafah. Akan tetapi apabila sudah suci dari haid dan nifas, mereka perlu mengerjakan wajib Haji Tamattu’ dan Haji Qiran.

3. Jika seseorang wanita itu wuquf di Arafah dalam keadaan yang suci daripada haid dan nifas, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga terpaksa dilaksanakan selepas suci.

4. Namun sekiranya seseorang wanita itu telahpun melakukan tawaf Ifadhah dan kemudiannya dia datang haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida’ sekiranya dia ingin meninggalkan Mekah sebelum dia dalam keadaan suci.

Khusus Bagi Wanita Sahaja

Kalau nak diikutkan, banyak perkara-perkara yang di khususkan untuk golongan wanita sahaja. Antara perkara-perkara yang dikhususkan untuk golongan wanita sahaja ialah:

1. Pakaian yang berjahit diharuskan di pakai oleh golongan wanita semasa di dalam ihram. Akan tetapi, pakaian tersebut tidak boleh dicelup dengan pewarna seperti merah, biru atau kuning.

2. Menurut mazhad Hanafi, wanita diharuskan untuk memakai khuf(sarung kaki) dan sepasang sarung tangan. Manakala di sisi mazhad yang lain, wanita di haramkan daripada memakai sarung tangan.

3. Golongan wanita diwajibkan untuk menutup kepala mereka dan tidak boleh sama sekali meninggikan suara mereka dengan talbiah.

4. Wanita tidak perlulah berlari-lari anak semasa mengerjakan tawaf dan juga tidak perlu mengikut bagaimana cara lelaki mengerjakan saie di antara dua garisan hijau dan juga tidak perlu lah tergesa-gesa sebagaimana terdapat sesetengah individu dari golongan lelaki lakukannya.

5. Wanita tidak perlu mencukur rambutnya dan sudah memadai dengan mengguntingkn sedikit rambu mereka.

6. Golongan wanita juga tidak perlu mengucup Hajarulaswad apabila terdapat ramai golongan lelaki sedang berkumpul untuk mengucup Hajarulaswad dan cukup dengan hanya wanita tersebut memberi isyarat sahaja kepadanya.

7. Apabila di dalam keadaan haid, mereka tidak perlu untuk membayar upah sekiranya tidak melakukan tawaf Wida’.

8. Mereka juga tidak perlu membayar upah sekiranya terlambat untuk mengerjakan tawaf ziarah kerana haid atau  nifas.

9. Akhir sekali, golongan wanita perlu untuk tawaf di kawasan pinggir tawaf seelok-eloknya dan tidak boleh wuquf di Jabal Rahmah supaya dapat mengelakkan daripada bersesak dengan golongan lelaki.

Seandaianya perkongsian ini tidak memberikan impak yang besar kepada anda semua, setidak-tidaknya perkongsian ini mampu memberikan sedikit manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah mungkin dengan sedikit perkongsian ini dapat memudahkan dan melancarkan perjalanan haji kita di masa hadapan kelak siapa yang tahu kan.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *