Pelbagai Harga Pakej Umrah Yang Ditawarkan Sesuai Mengikut Kemudahan Yang Disediakan

Alah, mahal lah pakej umrah ni.. Macam mana nak daftar kalau mahal macam ni. Nampak gayanya lambat lagi lah kita boleh pergi umrah kalau macam ni.

Siapa tak pernah cakap macam? Kalau anda tidak pernah mengeluh seperti ini, itu bermakna anda merupakan seorang yang berpendapatan tinggi. Keluh kesah seperti ini kita sering dengar dari mereka yang berkeinginan yang tinggi untuk mengerjakan ibadah umrah yang mana mereka merupakan dari golongan yang berpendapatan sederhana atau rendah.

Bukan kerana ingin nampak kaya atau nak menunjuk yang kita sudah pergi umrah, tetapi bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah serta menziarahi makam Baginda Rasulullah SAW sememangnya menjadi impian dan cita-cita setiap muslim di negara ini.

Kalau berbicara tentang harga pakej yang ditawarkan untuk mengerjakan umrah, bermacam-macam harga yang kita akan perolehi. Lain travel agen, lain ler harganya yang kita perolehi. Betul ke tak? Mesti lah betul kan. Tapi janganlah pula kita berfikiran negatif dengan mengatakan mereka mahukan untung lebih dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan itu mengikut kemudahan dan kos-kos yang harus dibayar untuk keselesaan kita yang  akan mengerjakan umrah ni. Kalau nak disenaraikan satu per satu, memang banyak lah ye. Kos hotel, kadar sewaan hotel akan semakin meningkat apabila jarak hotel tersebut semakin dekat dengan Masjidil Haram. Sanggup ke kita nak jalan kaki sampai 1km? Lebih-lebih lagi kita yang dah uzur dan tua ni. Mana lah larat kan nak jalan jauh-jauh.

Kadang-kadang kita nak pergi ke masjid lebih awal dan pulang ke hotel lebih lewat sedikit daripada kumpulan kita kan. Ye lah, bukan senang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Dengan peluang yang diberikan oleh Allah SWT, kita cuba gapai dan genggam sebaik mungkin untuk beribadah dengan sepenuh hati dan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan sepenuh keikhlasan hati.

Itu lah pentingnya menginap di hotel yang berdekatan dengan masjid. Cuba bayangkan kalau hotel kita jauh, Nak jalan sorang-sorang takut lupa jalan pulang, nak duduk lama dekat masjid takut kena tinggal. Perkara sebegini juga lah yang dapat mengganggu fokus kita untuk beribadah.

Namun ada juga travel agent yang menawarkan harga yang lebih rendah berbanding dengan travel agent lain walaupun jaraknya dekat dengan Masjidil Haram. Jadi sebagai bakal jemaah yang bakal mengerjakan umrah, kita seharusnya rajin mencari pakej-pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet yang anda harapkan.

Kebisaannya pakej-pakej yang ditawarkan  terdiri daripada:

  1. Tiket Penerbangan
  2. Visa Umrah
  3. Hotel Penginapan – Mekah & Madinah
  4. Lawatan ke Kota Ta’if
  5. 4 Buah Beg
  6. Buku Panduan Umrah
  7. Air zam-zam

Pelbagai lagi tawaran khas yang disediakan oleh travel agent dalam pakej yang ditawarkan. Ada yang turut menyediakan makan tengahhari dan makan malam yang sudah termasuk dalam harga pakej yang ditawarkan.

Mereka tidak akan memaksa kita untuk memilih pakej yang mereka tawarkan, akan tetapi, kita diberikan hak untuk memilih pakej yang kita inginkan bersesuaian dengan kemampuan kita.

Walau apa pun, saya mendoakan agar anda semua bakal jemaah yang mengerjakan umrah mendapat umrah yang makbur. Semoga setiap ibadah kita di terima oleh Allah SWT.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *