3 Tempat Kunjungan Yang Di Haramkan Semasa Mengerjakan Umrah?

Sudah ramai muslim yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji. Memang tidak dinafikan banyak tempat-tempat yang menarik di dunia ini, namun kenikmatan dan keberkatan di Tanah Suci sememangnya tidak pernah ada tandingan dan tidak akan dapat di tandingi oleh mana-mana tempat sekalipun di dunia ini.

Tanah Suci ini sentiasa dipenuhi oleh jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia untuk mengerjakan umrah mahupun haji. Selain mengerjakan ibadah umrah mereka yang datang juga sempat untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Mekah atau Madinah.

Namun apakan daya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hal ini kerana kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan beberapa tempat daripada di lawati oleh para jemaah kerana atas beberapa faktor untuk kebaikan bersama.

Antara 3 tempat yang di larang itu ialah:

1. Ladang Kurma

2. Gua Hira’

3. Bani Saad, Masjid Kuu’ dan Masjid Ibn Abbas, Taif 

Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat yang diharamkan oleh kerajaan Arab Saudi daripada menjadi tempat kunjungan. Namun 3 tempat ini merupakan tempat yang paling kerap dan memang menjadi pilihan setiap agensi umrah untuk memasukkan di dalam slot aktiviti mereka.

Pengharaman ini kerana terdapat jemaah dari India yang melakukan tawaf di perkampungan Bani Sa’ad di Thaif dengan mengelilingi pokok. Justeru perkara boleh menimbulkan isu bidaah dan di khuatiri menimbulkan amalan syirik di kalangan jemaah.

Manakala larangan daripada melawat ladang kurma di keluarkan atas faktor keselamatan dan bagi melancarkan jalan. Ini kerana terdapat kumpulan-kumpulan jemaah yang hanya tertumpu kepada satu-satu ladang kurma sahaja yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Apabila sebut tentang Gua Hira’, ramai yang sudah tahu peristawa bersejarahnya iaitu baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama beliau di gua tersebut. Memang tidak dinafikan lah orang berpusu-pusu untuk menziarahi dan seterusnya merasai sendiri pengalaman berada di dalam gua tersebut. Dek kerana keterujaan yang tinggi, ada segelintir jemaah yang berlumba-lumba untuk sampai sehinggakan mengabaikan aspek keselamatan. Sudah ada kes di mana jemaah jatuh dan mendapat kecederaan dan tidak pelik juga ada yang meninggal.

Oleh kerana beberapa faktor ini lah, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan surat arahan untuk mengharamkan beberapa kawasan daripada menjadi tempat lawatan. Kerajaan Arab Saudi juga menasihatkan mana-mana agensi umrah supaya memperbanyakkan masa berada di Masjidilharam atau Madinah. Selain jemaah dapat memperbanyakkan ibadah mereka di Tanah Suci.

Bagi mereka yang baru sahaja berangan-angan untuk mengerjakan umrah pada tahun-tahun hadapan buat pertama kalinya,janganlah bersedih yee semua, ikhlaskan hati untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk beribadah dengan sepenuh hati.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *