Tidak tahu barang apa untuk dibawa semasa umrah? Ikuti tips ini !

Assalamualaikum wbt…

Anda disarankan untuk membuat senarai barang -barang yang pelu dibawa ke Mekah dan Madinah bagi memudahkan anda untuk fokus semasa mengerjakan ibadah umrah kelak. Antara barang yang perlu dibawa ialah :

1. Jubah

Lelaki = 2 pasang jubah

Perempuan = 2 pasang  jubah + 1 pasang (Jubah Seluar)

Disarankan jubah yang akan dipakai di Mekah nanti mempunyai poket yang dalam dan berzip. Ini adalah untuk memudahkan apabila keluar dari hotel untuk ke masjid ataupun untuk ziarah, barang-barang seperti dompet, cermin mata, tuala kecil, kunci dan macam-macam lagi boleh diletakkan dalam poket jubah.Untuk jemaah wanita, sediakan juga jubah seluar (jubah paras lutut) bagi memudahkan pergerakan semasa ziarah.

2. Stokin

Lelaki = 2 pasang

Perempuan = 2 pasang + 2 pasang (stokin wudhu’)

Disarankan untuk pakai stokin yang berwarna hitam. Sekiranya stokin berwarna putih, pakai sarung stokin di dalam dan apabila dah sampai di masjid, buka sarung stokin dan pakai stokin sahaja.

3. Selipar Jepun (tandakan nama – initials)

Bawa selipar untuk dipakai di dalam bilik air dan boleh beli yang murah sahaja, di kedai eco pun ada. Jika uncang kasut tidak disediakan oleh ajen, anda boleh buat sendiri dan tandakan nama – initials. Sekiranya ingin masuk ke dalam masjid, keluarkan uncang dari poket jubah/beg sandang dan masukkan selipar/ kasut ke dalam uncang tersebut.  Sewaktu solat, letakkan uncang di hadapan sejadah sebelah kiri atau kanan.

Uncang Kasut

 

4. Surah Yassin

Lelaki/ Perempuan = 1 unit

Bawa yang kecil supaya senang untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail secara berjemaah di adakan semasa wuquf.

5. Sejadah kecil

Digunakan apabila tiada ruang di dalam masjid atau ketika melawat masjid lain disebabkan ada sesetengah karpet di sana berdebu dan kotor. Sekiranya tidak ada, gunakan sahaja tuala kecil.

6. Tag Nama untuk Bagasi

Taip/tulis dengan jelas dan terang di sekeping kertas A4 seperti alamat hotel, no penerbangan, no bas dan no bilik di Mekah dan Madinah. Begitu juga untuk alamat rumah di Malaysia untuk digunakan semasa pulang nanti. Bagi mengelakkan kertas tersebut berkedut disarankan untuk laminate semuanya. Untuk beralamat rumah, boleh ditampal di sekitar kotak yang akan di pos dari Mekah/ Madinah ke Malaysia.

7. Toiletry

Bawa sabun mandi yang berisi pelembap seperti Seba-Med kerana kulit kita akan menjadi kering disebabkan air di Mekah/Madinah adalah ‘treated sea water’ terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit. Bawa juga ubat gigi dan shampoo dari Malaysia untuk kegunaan harian kerana harganya lebih murah berbanding yang dijual di Madinah/Mekah.

8. Beg Sandang

Beg ini akan dibawa setiap kali ke masjid. Antara barang yang perlu dibawa adalah:

  • tasbih
  • tuala kecil
  • buku solat sunat
  • botol spray air (saiz kecil) – untuk ambil air sembahyang
  • kad Kesihatan – untuk kecemasan
  • kad alamat hotel – sekiranya sesat
  • kad pengenalan yang disediakan oleh agensi – sekiranya sesat

9. Beg Plastik

Digunakan untuk merendam kain, supaya tidak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam, rendamkan pakaian dalam beg pakstik lepastu letak di bawah sinki. Lepas sarapan boleh terus basuh.

10. Penyangkut baju

Bawa 5-6 penyangkut untuk menyangkut pakaian, telekung, tuala dan juga boleh digunakan untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air. Apabila pakaian sudah kering air (masih lembap) gantung di bawah penghawa dingin supaya cepat kering. 

11. Ubat

Bawa :

-Strepsils
-Fisherman’s Friend
-Hacks
-Lozenges
-Woods Peppermint
-Panadol
-Bactidol (untuk sakit tekak)
-Vicks
-Minyak cap kapak
-Ubat batuk
-Ubat cirit-birit
-Asam jawa utuk diminum

12. Botol Spray

Bawa semasa ke masjid untuk mengambil wudhuk. Ianya lebih mudah daripada air di dalam botol. Untuk wanita, longgarkan tudung dan tutupi kepala dengan tudung kemudian lapik tuala kecil di atas riba  dam ambil wudhuk. Beberapa masjid, terlalu ramai jemaah dan ada juga ketika masjid tiada air.

13. “Moisturiser/ lip balm”

Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan gunakan waktu tidur dan siang hari. Hindari dari beli yang mepunyai wangian.

14. “Heel Balm”

Disapu pada kaki agar lembap dan tumit kaki tidak pecah

15. Cermin Mata Hitam

Jika masjid penuh semasa waktu zohor atau asar, dan perlu solat di luar masjidmestilah pakai cermin mata hitam supaya tidak silau.

16. Tuala Kecil

Untuk lapik/lap sewaktu ambil wudhuk dengan spray. Barang/pakaian yang anda perlu bawa adalah terbatas, jadi bawalah tuala ini 2-3 helai sahaja.

17. Buku Solat Sunat

Bawa buku solat sunat semasa kemasjid terutama semasa menunggu untuk masuk waktu terutama waktu subuh untuk solat sunat tasbih, tahajjud, taubat, hajat dan witir.

 

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *