Umat Islam Seluruh Dunia Kini Sudah Boleh Kembali Mengerjakan Umrah Di Mekah

Umat Islam Seluruh Dunia Kini Sudah Boleh Kembali Mengerjakan Umrah Di Mekah

Jemaah haji Muslim Luar Arab Saudi telah dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram di Mekah untuk pertama kalinya sejak sekatan Coronavirus (Covid19) yang dikenakan tujuh bulan lalu.

Sejak hari Ahad yang lalu, kira-kira 10,000 jemaah haji dan umrah dari luar negara dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji dan Umrah seperti kebiasaannya sebelum pendemik Covid19.

Mereka diminta mengasingkan diri (Self-Isolate)  selama tiga hari setelah tiba di Arab Saudi sebelum dibenarkan mengelilingi Kaabah dan memasuki tempat paling suci iaitu kawasan ditengah Masjidil Haram.

Arab Saudi telah dilaporkan mencatat sebanyak  347,282 kes Covid-19  dan kematian  sebanyak 5,402 sejak wabak itu mula tersebar dan juga sebanyak  333.842 kes yang telah pulih. Arab Saudi kembali membuka semula masjid secara berkala setelah diberi kelonggaran dengan syarat penjagaan jarak sosial.

Penduduk Tempatan Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah sejak bulan Oktober yang lalu sebelum kerajaan Arab Saudi membuat kelonggaran untuk membuka kemasukan rakyat luar negara untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Hanya 10,000 penduduk Arab Saudi yang dibenarkan menunaikan haji tahunan pada bulan Julai tahun ini, jauh lebih rendah daripada berjuta-juta yang telah mendaftar pada tahun-tahun sebelum ini seperti yang digambarkan di bawah pada tahun 2016.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *