Adakah Susah Untuk Mengerjakan Umrah Bersama Anak Kecil? Ikuti Tips Ini Bagi Korang Yang Mengerjakan Umrah Bersama Anak

Dalam sesetengah masyarakat kita, ada ibu bapa yang tidak sanggup meninggalkan anak semasa mereka mengerjakan umrah. Jadi mereka mengambil langkah untuk membawa sekali anak-anak mereka yang masih kecil. Tapi persoalannya, adakah mudah nak bawa anak-anak kecil?

Ada juga yang berfikir leceh lah bawak anak kecil. Banyak songeh lah dan macam-macam lagi. Namun disebalik kesusahan itu, ada satu hikmah iaitu kita dapat meningkatkan kesabaran kita dan mendekatkan diri anak-anak kita kepada Allah SWT selain mengajar mereka untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah.

Bagi anda yang masih belum tahu bagaimana untuk menjaga anak-anak atau lebih mudah disebut tips mudah bagi mereka yang mengerjakan umrah bersama anak kecil supaya semuanya berjalan lancar dengan izin Allah, saya akan kongsikan beberapa tips yang telah dikongsikan di dalam beberapa laman facebook dengan anda semua.

1. Sebelum Berangkat Pastikan Persiapan Cukup

Barang-barang yang akan di perlukan telah pun disediakan adalah seperti berikut:

  • Pakaian 

Tidak perlu membawa terlalu banyak pakaian. Bawa yang untuk di pakai sahaja kerana mungkin akan membebankan. Hanya sediakan beberapa helai pakaian siang dan juga pakaian malam. Bawa jubah juga serta tudung. Kalau tak ada jubah tak perlu risau sebab di Madinah atau pun di Makkah sangat murah dan juga cantik. Tapi janganlah pula kita set dalam kepala nak pergi shopping kat sana. Kena tanamkan untuk beribadah sebanyak mungkin di sana.

  • Ubat – Ubatan

Sebelum berlepas, pastikan mummy and daddy serta si kecil telah pun mengambil vaksin . Kami memgambil vaksin di klinik berdekatan dan mengambil ubat-ubatan untuk bekal di bawa ke tanah suci . Jangan lupa bawa juga minyak angin tau.

  • Susu dan Pampers

Memandangkan anak kami jenis yang badan besar, sememangnya sudah pasti kuat menyusu. Jadi kami bawa 3 kotak susu yang beratnya 1.8kg setiap satu. Itupun tak cukup. Tapi tak perlu risau di sini ada bnyak supermarket antaranya BinDawood, begitu juga dengan pampers, bawa yang mana rasa selesa, sebab banyak di jual. Harga pun lebih kurang sama di Malaysia.

  • Stroller

Dari pengalaman kami baik bawa stroller yang ringan atau boleh di lipat. Kami beli dari shoppee dalam rm350 sahaja. Tak perlu beli harga ribu-ribu, kualiti pun sama. Sebab senang untuk di bawah dan bila size stroller tu kecil, boleh masuk cabin. Jadi sedikit membantu sekiranya proses imigresen atau pun pintu keluar jauh. Tak perlu kita gendong boleh lah kita simpan tenaga untuk Tawaf . Tapi 1 hal kena ingat baby stroller tak di benarkan untuk di bawa masuk ke dalam masjid. Jadi kena parking luar atau pun simpan di hotel.

  • Kitty Bag (bag sebaguna)

Bag ini boleh diisi dengan bermacam-macam. Ada mainan, ada buku dan ada keropok. Untuk kita melalaikn anak kita dari badmood . Incase dia menangis sampai tahap tak makan saman.

2. Madinah

Hotel yang di sediakn oleh pihak Qashwa Travel tak jauh dari Masjid Nabawi. Hanya beberapa minit berjalan kaki sudah pun sampai. Tapi di Masjid Nabawi tempat solat lelaki berlainan dengan tempat solat perempuan. Jadi anak kami memang ikut mummy lah. 1st day ikut memang bikin bingung sebab tak bagi mummy solat. Tapi adakalanya mummy bawa jer biarkn dia nangis. Biasalah budak-budak kan. Mungkin sebab dia tidak biasa dengar laungan Adzan yg lantang ataupun bacaan Imam yang panjang-panjang. Apapun kita harus bersangka baik dan sentiasa berdoa supaya dipermudahkan.

Raudhah

Alhamdulillah. Mummy dapat masuk raudah 2 kali. Pertama ikut ustazah yang pihak Qashwa travel aturkan. Kedua kak Su yang bawa kerana dia dah pun berkali-kali mengerjakan umrah. Masa tu anak ikut daddy sebab masa untuk masuk Raudhah untuk kaum hawa tak sebebas kaum adam. Kita ada masa terhad sedangkan lelaki pulak bila-bila dia mau.

Ziarah.

Antara tempat-tempat yang kami ziarah adalah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, ladang kurma dan Jabal Uhud. Persediaan macam biasa lah . Buat susu sedia, baju 1 pasang + pampers incase basah ataupun kotor.

3. Mekkah

Sebelum sampai Mekkah, kita kena Miqat dulu di Bir Ali sebab kita akan buat Umrah Wajib. Di mana kita akan berniat umrah dan ihram. Memandangkn perjalanan dari Madinah ke Mekkah memakan masa 6-7 jam, jadi pastikan sediakan barang-barang yang akan di perlukan di dalam bas. Baju 1-2 pasang, pampers dalam 4 pcs sebab aircond dalam bas sejuk dan susu sediakan dalam 4 botol.

Sekadar Info

-Tawaf(sahaja aku tawaf umrah 7 pusingan kerana Allah Taala.)

Ya Allah permudahkan lah umrah kami. Permudahkanlah ibadah kami dan di sebabkan umrah wajib maka kami
mengambil keputusan untuk menggendong anak kami. Pusingan 1-4 daddy yang gendong, pusingan 5-7 turn mummy dan kemudian kami solat sunnat tawaf. Alhamdulillah selesailah tawaf. Untuk tawaf sunnat pulak, kami tawaf di tingkat 1 dengan menggunakan skuter. Memudahkan bagi yang membawa baby kadar bayaran adalah SR 100 . Dan juga boleh menggunakan kerusi roda di tngkat 1.

-Sa’i (Sahaja aku sa’i 7 kali antara safa dan marwah kerana Allah Taala)

Masa ni daddy yang gendong. Mummy ikut di belakang. Bila di bawah lampu hijau , daddy akan berlari anak. Yakin saja ringan je tu. Kemudian kami bertahlul. Alhamdulillah Ya Allah Engkau telah permudahkan ibadah kami Alhamdulillah.

Apapun yang berlaku kita meminta dan berdoa kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Memberi dan Mengasihi. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah S.W.T.

Kongsikan:

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *